pictured grabbed from ~Afro0 Ali Al-Hamdan
Hari demi hari berlalu, tanah suci ketiga umat Islam ini terus berdarah. Entah apa dosanya, ditinggalkan keseorangan walaupun ia salah sebuah tempat penting di dalam Islam.
Kehangatan boikot, kepanasan demonstrasi, semuanya sudah surut. Semuanya bermusim. Tetapi Israel menyerang tanah bernama Palestin tanpa musim-musim tertentu. Tinggal mendapat perhatian atau tidak sahaja. Pejuang-pejuang mujahidin mempertahankan tanah suci itu juga tanpa musim, hari-harian ada sahaja yang tumbang.
Muslimin di negara lain senang hati dengan kehidupan mereka. Cukup makan, dapat buat ibadah solah, zakat, puasa, haji, dan mereka sudah rasa kehidupan mereka lengkap. Mereka rasa merekalah yang bertaqwa, mereka lah yang soleh, mereka lah yang terbaik. Mereka merasakan dunia hari ini sudah bagus, Islam hari ini sudah kuat.
Namun, Palestin itu hakikatnya antara meter keimanan umah pada masa sekarang.
Ini tanda kelemahan.
Rasulullah SAW bersabda: “Satu hari nanti, kamu akan dihurungi musuh seperti mana makanan dihurungi semut”
Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah kami sedikit ketika itu ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan kamu ramai, tetapi ibarat buih di lautan”
1 comments:
salam ... :) checkout blog Bloggers Malaysia..
Post a Comment