Siapa Naim??

My Photo
MohdNaim Suhaimi
seorang penulis blog 'indie'..menulis tanpa sebarang peraturan..mencari sesuatu di antara yg kabur dari pandangan...huhh!!??
View my complete profile

My Blog List

Followers

sekadar renungan dan pandangan tentang politik semasa..

Monday, May 17, 2010



Bila UMNO kalah dalam pilihanraya, maka depa pun berkokok dan menyalak supaya org Melayu bersatu. Bagi depa bersatu tu hanya bleh dibuat dgn satu cara saja, iaitu sokong dan pangkah UMNO, kalu tak sokong UMNO makna kata org Melayu tak bersatu dan berpecah belah. Bila org Melayu berpecah belah mengikut tafssiran depa, maka masa depan org Melayu akan jadi malap-semalapnya.. Apa punya tafsiran daa..

Tapi bila UMNO menang, dan ramai daripada Melayu yg dok ada dalam UMNO tu bua
t macam-macam kesalahan hingga bleh merugikan masa Melayu, puak-puak ni diam tak bunyi apa pun. Senyap tak kata apa.. 

Jom pakat2 pikiaq sorang sikit..bukan nak tuduh sapa2..

 
Sapa yg menumbangkan Bank Bumiputra, kalu tak depa yg dok ada dalam UMNO? Sapa yg jadikan bahasa Melayu melukut kalau tak UMNO sendiri? Sapa yang jadikan Islam, agama yg dianuti oleh org Melayu sebagai satu agama tempek saja kalau tak UMNO? Sapa yg menyebabkan masalah sosial di kalangan remaja Melayu koi meruncing dan parah kalau tak UMNO?Sapa yg mendatangkan budaya hedonisitik yg menjadikan ramai org Melayu lebih berfoya-foya? Sapa yg mendatangkan budaya makan percentage dan cedok untung atas angin dalam projek pembangunan sehingga menyebabkan sebahagian orang melayu yg ada kabel UMNO kaya dan bertambah bonchet, tapi yg dok berusaha cara benar dan telus merempat? Sapa yg menyebabkan rasuah koi menjadi jadi di negara ni kalau tak UMNO? Sapa yg menggunakan akta pengambilan tanah dan membeli tanah orang Melayu dengan harga jauh lebih murah daripada sekeping karipap bagi sekaki persegi tanah dan menjual tanah tersebut pada bangsa lain dengan harga beratus kali lebih tinggi kalau tak UMNO?

Bagi depa yg dari kelompok kumpulan yg ber-ideology kan  ni, kesemua ni boleh dimaafkan sebab mereka Melayu dan mereka menang pilihan raya. Sebab tulah macam mana besaq skali pun kesalahan yg dilakukan, selagi taat kepada UMNO dan pemimpin UMNO, maka atas nama Melayu, mereka sedia diampunkan..


adakah melayu mudah lupa???ataupun buat-buat lupa??

dan tahniah kepada DAP atas kemenangan di PRK Parlimen P.212 Sibu

0 comments:

Post a Comment