Siapa Naim??

My Photo
MohdNaim Suhaimi
seorang penulis blog 'indie'..menulis tanpa sebarang peraturan..mencari sesuatu di antara yg kabur dari pandangan...huhh!!??
View my complete profile

My Blog List

Followers

Coffee Love - Bottling the common sense..

Tuesday, December 8, 2009




Di atas coffee table, terhidang aneka rekaan pastri yg comey2..

"coffee or tea?" tanya waitress tu,berambut panjang dan straight,bekaler perpel kot (aku cukup suka gurl rambut perpel,nampak feminine sgat2)..

Jam pada tu menunjukkan pukul 10.30pagi..

"kopeee please.."

 "cappucino,mocha or Latte??" tnya nya waitress tu lagi..

"Mocha please.." jawab aku....

manakala Kat pula bersifat pasif dengan memilih utk mengikuti citarasa aku,benawe sgguh minah nie.huhhuhhu...kmudian waitress berambut perpel tu kembali dengan membawa dua cangkir kopi..Kat tersenyum lebar bila dapat menghirup kopi yg berkrim tu..maklum la member dah lama dok ngidam nak kuar date minum petang sama2..dah lama sangat2 kot xjumpa since aku berenti dari Poli SP...tiba2 Kat terus mengajukan soalan ttang cinta ; sesuatu yg agak sensitif utk dibahas kan..

"where is your Love??" tanya Kat..

"mende U nehh,sejak bila pulak I bercinta??xmo ahh..couple2 ni mngarut jaa.."

tersentot dan terkkedu gak laa minah tu bila aku bagi reaksi mcm tu..padan muka dia,mcm la xkenai aku legumana..huhhuhhu..

aku pon tnya dia balek,"awat yg bukak topic love2 nehh??ada apa2 nak share kaa ngan I"


"Love?? well what I know for sure, I love and I know I'm  loved..."  jawabnya dengan riak terukir di  mukanya yg putih2 comey tu..


"ek elehh,mcm menarik jaa statement U nehh,awatt??nak sekolahkan I?? I know laa I kurang lucky dalam hal2 becinta ni..Sometimes word LOVE tu sendiri mcm mengarut jaa...I'm sick with this.." jawab aku..


"hurmm..ekceli U boleh mencintai atau menyayangi sesiapa pon, tapi yg paling penting u perlu mencintai diri sendiri dahulu berbanding orang laen.. Kenapa?? Kerana dengan cara tu saja U boleh menebarkan cinta pada insan2 disekeliling..I know U well naem,U kalo dah jatuh cinta,sampai diri U sendiri pon U lupa" Kat dengan konfiden bagi pendapatnya kpd aku..

Katanya lagi, tak ramai orang yg boley mengatakan pada diri sendiri yang depa patot mencintai diri mereka sendiri..aku pon xmembangkang atau argue cakap2 dia sebab apa yg dia cakap berkaitan nie mmg ada betolnya..

tiba2 dia suro aku menutup mata, "okay..U ikut apa yg I cakap..boleh tak??"

"ehh,U nak I cakap apa nehh,dah la suro I pejam mata..jangan nak suro I cakap bukan2..mana la taw dok rekod pakai HP kaa.." jawab aku..

"iyo2 ja U nehh,budget glamour laa tu..dah la jgan maen2..ikot ja apa I cakap - I love myself, I deserve to be happy and be love and to be well..."

aku ikot katanya dan kemudian dia tnya pada aku, " bagaimana U rasa??"

"Great!!" Jawab aku ringkas..lega sket hati aku bila Kat dapat bagi sikit keyakinan pada aku..."Nah...that's good..mcm xcaya plak U ada terapi sendiri nak ubatkan hati..caya laa babe"

"Haa,baru nak taw??hahhhahaa.."(sambey dia dok wat gelak2 sengal)

Katanya lagi,"Sesetengah orang tak boleh buat mcm tu..bukan kata xboleh apa,jadi xmampu,seolah2 kata tapi tak ikhlas.. Depa tak rasa punya laa..puncanya,sbb xcintakan diri sendir.. then U tell me macam mana nak sebarkan cinta itu pada orang laen kalo kita ada perangai mcm tu?? bila U dah memiliki cinta, U akan jadi gembira, xkira kemana saja U pegi sekali pon U akan membuatkan orang laen cintakan U..bukan takat tu jaa,U jgak dapat membuatkan sesetengah orang feel are so loveable..."

adeehhh..kelepek kena kat aku bila ada org dok bersyarah kat aku pasai ni..huhhuhhu..segannya aku..satu perkara menarik yg aku  temui pasai budak Kat ni bila time dia dok bercerita,mata dia mesti akan direct membuat tikaman padu dalam mata aku..huhhuhhu..bukan apa,aku dapat rasakan yg dia nie betul2 ikhlas bila nak share crita dgan aku,bukan smua manusia ada sifat mcm nie...

katanya, "Rasanya skrg ni I tak suka sangat nak baca berita di paper waktu pagi..Sometimes I try not to..Peperangan, bencama alam dan pembunuhan boleh katakan setiap hari mesti ada walaupon satu kes..tenaga positif waktu I bangun utk memulakna hari senang tiba2 tukar jadi negatif lpas melihat kesedihan demi kesedihan yang dialami masyarakat dunia..sbbnya I adalah manusia jenis memerlukan 'a lot of love' utk menjalani kehidupan seharian dan daripada cinta itu I percaya ada tenaga yang menggerakkan manusia.."

aiyarkk,pehal plak minah nie tiba2 nak ter sentimental plak..huhhuhhu..tapi aku xleh nak buat penilaian awal pasal dia sbb aku taw latar blakang dia..mmg btol la apa yg dia cakap,dia memerlukan 'a lot of LOVE' utk menjalani kehidupan seharian..mungkin ini kesan yg datang dari background history dia waktu dia kecik2 dlu - seorang anak yg dipinggirkan dari kaseh sayang akibat penceraian kedua2 parent nya..apa yg bagusnya ttg Kat nie,dia bersungguh2 utk mengubah hidupnya,dan hasilnya skrg, dia berjaya utk berjaya..kadang2 aku dok terpikir gak pasal naseb dia,ibu nya dah mninggal,ayah plak kawen laen,dah la anak tunggul,dgan kazen2 pon xrapat..iskkk,agak2nya selama aku xdok ni,dia dok share masalah ngan sapa laa..huhhuhu..suro cari bakal suami xmau la plak..bukan kata nak cari bakal suami,suro ber-BF pon susah..huhhuhhu..

so apa yg aku dapat setelah banyak perkara kami bahaskan dan di pertimbangkan dengan relevan sejajar dengan kewarasan akal pemikiran ku..cinta menjadi ruji atau pon keperluan dalam hidop manusia..so xyah nak tipu laa kalo boleh hidup tanpa cinta..cukup brani ka nak tipu diri sendiri??tumbuk dada, tempeleng muka..hahahhhahaa...

0 comments:

Post a Comment