Siapa Naim??

My Photo
MohdNaim Suhaimi
seorang penulis blog 'indie'..menulis tanpa sebarang peraturan..mencari sesuatu di antara yg kabur dari pandangan...huhh!!??
View my complete profile

My Blog List

Followers

Komplikasi Dalam Komunikasi Jadi Konfrontasi

Monday, November 23, 2009




hehhehee..tajuk post nie cedok dari lirik lagu Kau yg Punya-Malique..

Ceritanya macam nie..
Sms yang masuk dalam inbox aku ketika aku sedang dok tunggu bungkuih roti canai 6 keping yang aku beli untuk aku makan kat rumah malam tadi..

Hotlink Rewards! RM5 akan dimasukkan ke akaun anda selewatnya 29Nov, ditebus secara auto dari 500Hotlink Pts anda. Tak minat, sms NO ke 2222 sblm 23Nov

Ampa bleh kesan dak pejadah yang tak kena dengan sms tu?? kepada sesiapa yang dapat detect sesuatu yang tak kena dalam sms berkenaan; baguslah BAHASA MELAYU ampa masih mantap dan tak dinodai.

Wokehh.. mai aku nak habaq pasepa aku rasa macam mau sekeh-sekeh ja kepala Ananda Krishnan. Okeh. Keyword di sini ialah REWARDS. dan perhatikan ayat berikut seperti yang tertera dalam sms yang aku terima…

RM5 akan dimasukkan ke akaun anda selewatnya 29Nov, ditebus secara auto dari 500Hotlink Pts anda.

Keyword di sini ialah REWARDS dari HOTLINK; smua org tahu yg maksud REWARDS jika dimelayukan menjadi GANJARAN; cuba ampa baca ayat yang aku boldkan tu dan kemudian berdasarkan keyword REWARDS itu tadi; cuba ampa cari logik dimanakah unsur REWARDS yang dimaksudkan?
ianya lebih kurang sama situasinya seperti kawan ampa tetiba huloq kat ampa sebungkuih nasi lemak sambey dok berkata

” yo wassap bhai, nah nasik lemak gua bagi lu sebagai hadiah perkenalan kita. gua belik guna duit lu yang gua ambik dalam dompet lu masa lu tengah berak malam tadi”

Jadi dimanakah unsur hadiah perkenalan itu bagi pihak kawan tu jika nasik lemak tu ampa beli guna duit kawan tu yang ampa ambik masa dia tengah berak dan bukan duit poket ampa sendiri.

Sama seperti Hotlinks REWARDS itu tadi; apa kejadah maknanya REWARDS jika RM5 tu di tebus dari Hotlink Pts aku. Walaupun dah sebakui aku dok maki Ananda Krishnan sebab dok cuba memperbodohkan pengguna Hotlink macam aku, tapi aku tak send pun NO untuk menolak sebab aku tau Hotlink pts aku masih lagi dok bertimbun… kehkehkeh.. tak luak sangat la beb...

Cuma point aku disini ialah, aku harap pemilik telco semua janganlah pikir pelanggan ampa semua bodoh bingai sangat. Kalau nak bagi REWARDS tu bagi lah betui2 contohnya gunalah ayat macam ni….
 

Hotlink Rewards! RM500 akan dimasukkan ke akaun anda selewatnya 29Nov, ditebus secara auto dari akaun simpanan maybank Ananda Krishnan. Tak minat, sms NO ke 2222 sblm 23Nov.

kan syok..btoi dakk??



post ni khas utk lu org kaki2 clubbing,anak2 org kaya yg blagak dan jgak yg jenis xsedar diri...

Saturday, November 21, 2009





Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama

Al-kesah berkaitan dengan kaum Adam...




sat2..kena gelak dlu..hahahhahahhaaaa...seyes aku cakap pix ni menggambarkan seorang mat Bunga..hahhahhahahhaa... xley blah siot....tapi apa cerita dan pandangan lelaki terhadap 'bunga'???

aku xtaw apa yg dinyatakan oleh aku ni betol dari zahiriahnya ataupun hanya lah pandangan dari buah fikiran aku sendiri..tapi pendapat yg aku keluarkan ni berdasarkan dari pengalaman lalu dan serba sedikit dari kesah2 cinta kawan-kawan,walaupon kebanyakan kawan2 aku nie kelihatan xserius dan xdok langsung menunjuk kan komitmen dalam bercinta,tapi secara jujurnya boleh aku kata kan,depa neh berpandangan jauh dengan pasangan masing2....walaupon penoh ego dan cukup payah nak show-off,tapi nak buat mcm mana,masing2 ada perut maaa...

aku rasa penganti nama yg seswai dalam kesah nie mungkin 'saya' la kot,nampak lembut skit dari penggunaan 'aku'..hehhee...

  • Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian untuk awak.
  • Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya dan bersedia dengan jawapan saya nanti kerana bagi saya rupa paras bukan nya pengukur kebahagiaan seseorang.  Dan ingat lah ia cuma lah bonus dan anugerah dari Tuhan yg Maha Pencipta..
  • Kalau saya cakap awak ni cantik, awak sendiri tak akan percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan, tetapi saya xpenah kesah kerana bagi saya tindakan awak macam tu untuk mengambil perhatian dari saya..
  • Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak..
  • Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.
  • Kalau ada org ketiga, siang malam saya akan memikir pasal itu walaupon awak nampak saya dari segi zahirnya 'passive' dan hanya berdiam diri, tetapi sebenarnya tidak..berdiam bukan bermakna saya pengecut, cuma ingin menilai cinta awak terhadap saya..
  • Saya takut sekiranya saya membenarkan perempuan laen berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan kerana saya takut pada fitnah..
  • Mungkin awak lebih arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk2 kepada wanita lain.
  • Kalau saya bercakap tentang sesuatu yg berkaitan dengan hobi saya, contohnya memancing, dan awak tiba2 kelihatan macam “boring” jaa, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak..
  • Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”. kerana saya hanyalah manusia biasa yg tidak pernah terlepas dari kesilapan..

Sama2 lah kita menilai dan menghargai anugerah Tuhan yg di labelkan oleh org ramai sbgai 'perasaan hati'...  Wallahualam..


Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan,
balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan,
dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah,sejukkanlah gelora api jiwa yang tak dapat pejam,
berikanlah rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian,
dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, hindarilah aku dari segala gundah gulana..
AMIN

Siapa Kaya dan Siapa PAPA ketika hujan??

Tuesday, November 17, 2009






Astro : Making Your Life Richer,Siapakah 'Your'dimaksudkan?

Memang benar dan sahih akan motto dan visi astro,apabila mula ribut perlahan lahan lama lama makin kuat dan ribut,setitis dua menjadi setempayan dua air hujan maka semua tempat yang punyai astro akan berdukacita dan kerugian beringgit-ringgit tambahan ketika musim tengkujuh kecuali alamat ini yang bersukacita berjuta ringgit tambahan ketika musim tengkujuh ..

MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000, Kuala Lumpur,
Malaysia.


Tidak perlu naik taraf dan kekalkan formula 'tiada siaran ketika hujan-kena bayaran walau tidak ada siaran' kepada pelanggan.Tiada yang kena ketuk kepala,tiada yang kena merah padam biji mata-cuma perlu pastikan kerajaan benarkan mereka teruskan dasar monopoli ini.

Making Your Life Richer = Buatkan Astro Kaya Raya!dengan perkhidmatan berkarat!inilah satu contoh terbaik jika pelajar pelajar sejarah dan ekonomi mahu menjadikan bahan rujukan untuk tajuk kesan Monopoli & Undang Undang Ekonomi Kapitalis.

Your = itu merujuk kepada Astro dan Klan,bukan kamu(pelanggan setia/tidak setia).

dalam facebook ada satu 'page' dinamakan astro suck, jika anda bagaikan dirasa dianiayai boleh sama sama ramaikan'tekan' agar mereka terus 'terasa' akan kuasa sebenar 'pelanggan',samada mereka yang memegang nilai ringgit atau anda semua.

Lahirnya sebuah kolum untuk bercerita..

Sunday, November 15, 2009

dah hampir pukul 5 pagi dok study pasal blog tapi masih jugak dok benak xreti2 lagi..haduihh..maybe kena amek masa yg agak panjang utk buatkan blog ni sempurna..